PENYAKIT-PENYAKIT KACANG TANAH
- Penyakit Bintik Daun (Cercospora aradicola, Cercospora personata)
Daun
yang diserang berbintik perang (6-19 mm), kadangkala menyerang
daun-daun pokok kacang tanah yang hampir matang dan menyebabkan daun
gugur. Kawasan daun sekeliling bintik berwarna kuning. Penyakit ini
mudah merebak pada musim hujan. Punca penyakit mungkin adalah dari sisa
tanaman yang berpenyakit pada musim terdahulu.
Sembur
dengan mancozeb serbuk bancuh 0.1% bahan aktif tiap-tiap 10-14 hari.
Kawalan kimia tidak disyorkan jika bintik-bintik daun timbul 1 1/2-2
bulan selepas menanam. Gilirkan tanaman dengan tanaman lain. Gunakan
baja yang disyorkan untuk membantu tumbesaran pokok yang sihat. Bakar
reja-reja tanaman selepas memungut hasil.
- Penyakit Karat Daun
Penyakit
ini disebabkan oleh kulat Puccinia arachdis. Tanda kerosakan ialah
daun berbintik puru halus (1 mm) berwarna karat besi. Bintiknya
timbul. Jika terlalu banyak daun akan mati. Spora kulat ini disebabkan
oleh angin dan hujan. Ianya juga dibawa melalui biji benih yang ada
penyakit dan alat-alat pertanian yang diguna di ladang. Sembur dengan
racun fentin acetate serbuk bancuh 0.1% bahan aktif mulai minggu keempat
selepas menanam, kemudian tiap-tiap dua minggu sekali jika teruk.
- Penyakit Reput Pangkal
Kulat
Aspergillus spp. boleh menyebabkan pangkal dan batang menjadi reput dan
tanaman pun akan layu. Rawat biji benih dengan racun kulat seperti
thiram atau captan serta bancuh pada kadar 30 gm / 100 gm biji benih.
- Penyakit Lecuh (Phthium sp., Fusrium sp.)
Selalunya
anak benih yang mendapat penyakit ini. Pangkalnya menjadi reput dan
pokok akan mati. Pengawalannya adalah seperti mengawal penyakit reput
pangkal.
- Penyakit Layu Sclerotium
Kulat
Corticium rolfsii Sclerotium menyerang bahagian pangkal perdu lebih
kurang paras muka tanah. Bahagian yang diserang berselaput maisilium
putih dan mengeluarkan biji-biji berwarna putih (janaspsora) yang
bertukar menjadi perang apabila tua. Lenggai kacang pun dijangkiti
maisilium. Daun kacang menjadi kuning dan akhirnya pokok layu dan mati.
Kulat terdapat di dalam tanah. Penyebaran penyakit layu ini boleh
dibawa oleh angin, air saliran dan kadang kala melalui biji benih.
Musnah
pokok yang berpenyakit dan bakar reput relai selepas memungut hasil.
Amalkan tanaman giliran dan elakkan menanam di kawasan yang salirannya
kurang baik terutama apabila pokok matang dalam masa musim hujan. Kawal
rumpai dengan tangan pada masa minggu kedua dan keempat selepas menanam
untuk mencegah penyakit layu dan disamping itu menambahkan hasil
lenggainya.
- Penyakit Layu Bakteria (Pseudormonas solanacearum)
Bakteria
menyerang bahagian saluran-saluran dalam batang dan menyebabkan tanaman
menjadi layu. Bila batang-batang dibelah didapati salurannya bertukar
menjadi perang. Pada batang yang telah dibelah jika dipicit lendir
berwarna kelabu akan keluar.
Penyakit
ini dikawal secara pertanian. Buangkan rumpai famili solananeae
seperti pokok letup-letup dan pokok terong pipit putih sebab ianya boleh
menjadi perumah kedua. Buang dan bakar pokok-pokok yang berpenyakit.
- Penyakit Mosaic Daun (Virus)
Terdapat
tumpuk-tumpuk hijau tua tumbuh pada daun. Kawal serangga pembawa virus
penyakit seperti aphid dan bakar pokok-pokok berpenyakit.
- Ulat Pengorek Lengai (Etiella zinc-kenella)
Menyerang pada pokok dan isi kacang. Semburkan dengan racun seperti Bidrin atau Dipterex. Lakukan semburan berulang-ulang 3-4 minggu selepas menanam.
- Ulat Merangkum Daun (Lemprosema diemenalis, Guen)
Ulat-ulat menggulung dan memakan daun. Semburkan dengan racun seperti Bidrin atau Dipterex. Lakukan semburan berulang-ulang 3-4 minggu selepas menanam.
- Ulat Lombong Daun (Stormopteryx subsecirella)
Menyerang daun-daun kacang. Selalunya berlaku di musim kemarau. Semburkan dengan racun seperti Bidrin atau Dipterex. Lakukan semburan berulang-ulang 3-4 minggu selepas menanam.
Tag :
Pertanian
0 Komentar untuk "Jenis jenis penyakit kacang tanah"